"Tarik Balik Mohon Maaf, Jadi Kita Saman!" - Shuib Teruskan Saman Johan Dihani

10 Aug 2023 • 3:44 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebelum ini, isu pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib yang difitnah oleh seorang netizen atas nama Johan Dihani yang menuduhnya sengaja membiarkan arwah Siti Sarah ditidurkan dan kononnya Shuib juga sebahagian dari ahli Freemason.

Shuind nekad dengan keputusan untuk meneruskan saman terhadap pemilik akaun, Johan Dihani. Shuib berkata, keputusan dibuat susulan tindakan Md Johan memadam semula permohonan maaf dibuat dalam Instagram Story (IGs) pada 4 Julai lalu.

image is not available

Ia disusuli surat peguam yang dihantar defendan kepada peguam Shuib, Tetuan Zharif Nizamuddin pada 10 Julai yang tidak bersetuju dan menafikan segala kenyataan dikeluarkan sebagai fitnah dan berbelit.

"Pada 4 Julai, Johan Dihani ada membuat permohonan maaf dalam IGs, namun bertindak memadam semula permohonan berkenaan.

"Peguam saya terima surat daripada peguamnya membuat penafian pada 10 Julai lalu.

"Apabila saya hantar surat dan Johan Dihani nafi, jadi saya teruskan saman ini. Itu yang dia nak. Dia pun sudah melantik peguam," katanya pada sidang media di Bandar Permaisuri Cheras, hari ini.

Shuib berkata, dia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat penilaian siapa yang berada di pihak benar.

Katanya, dia bersedia turun naik mahkamah demi mendapatkan keadilan apabila berdepan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dan arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

"Dalam sidang media sebelum ini, saya ada sebut nama Johan Dihani. Saya tiada masalah dan tidak rasa leceh habiskan masa untuknya.

"Saya tahu perkara ini memakan tempoh panjang, tetapi demi dia, saya okay. Saya akan adakan masa untuknya," katanya.