Tarik sokongan, kerajaan sedia hadapi kemungkinan: PM

Politics
6 Aug 2022 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SERDANG - Kerajaan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk membubarkan Parlimen sekiranya ada parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan sedia ada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, mana-mana parti berhak menentukan keputusan sendiri. “Terserah kepada siapa-siapa untuk membuat sebarang keputusan (kerana) mana-mana parti pun boleh buat keputusan sendiri tapi yang pentingnya, kesan (daripada) itu kita terpaksa hadapi kalau tarik sokongan (dan) kalau kerajaan itu tumbang, maka pilihan raya perlu dilaksanakan selepas itu. “Jadi kalau semua bersedia ke arah pilihan raya, maka tiada pilihan untuk kita adakan pilihan raya. Jadi kerajaan sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan. Kalau bersedia hadapi pilihan raya, maka kita akan adakan pilihan raya,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Sabtu. AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved