Tarikan Baharu Di Tasik Biru, Bau Bicentennial Bridge Kini Dibuka Untuk Umum

23 Sep 2022 • 6:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jambatan baru kembalikan nostalgia lama

Tarikan Baharu Di Tasik Biru, Bau Bicentennial Bridge Kini Dibuka Untuk Umum. Bersempena dengan ulang tahun ke-200 Bau, jambatan gantung bernilai RM1 juta yang merentangi Tasik Biru telahpun siap dan mula dibuka kepada orang ramai.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 60m itu dibina sebagai mercu tanda baharu di Bau serta mengimbau kembali nostalgia jambatan konkrit merah lama yang pernah wujud di situ.

Diberi nama Bau Bicentennial Bridge, konsep reka bentuk jambatan ini diinspirasikan daripada sebuah tempat di New Zealand yang dinamakan Waihi yang dahulu merupakan bekas bandar perlombongan emas namun kini bertukar menjadi tempat pelancongan.

image is not available
Tarikan Baharu Di Tasik Biru, Bau Bicentennial Bridge Kini Dibuka Untuk Umum

Bau Bicentennial Bridge

Dengan wujudnya jambatan gantung ini, para pelancong yang berkunjung ke Tasik Biru boleh melawat denai Miner’s Walk yang akan membawa pengunjung ke sebuah kuil dan lintasan pontun tasik tersebut.

Tiada bayaran dikenakan untuk melalui Bau Bicentennial Bridge ini kerana ia dibina oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat untuk meneroka keindahan kawasan di sekitar Tasik Biru itu.

Terdahulu, jambatan ini mula dibina pada tahun 2019 namun proses pembinaan terganggu disebabkan pandemik COVID-19.

image is not available
Bau Bicentennial Bridge. Kredit foto: Media Sosial

Lagi tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Sarawak, baca di sini:

View Original Article