
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Semalam (22 Oktober), peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai status rumah tangga pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli.
Spekulasi mengenai status rumah tangga mereka akhirnya terjawab apabila Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen telah hadir ke mahkamah semalam (22 Oktober) bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama.
Namun, prosiding tidak dapat diteruskan dan ditangguhkan ke minggu hadapan kerana Kamal Adli selaku defendan tidak hadir.
Difahamkan, aktres itu telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Menurut peguam yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manap, anak guamnya itu memfailkan cerai atas alasan tiada lagi persefahaman dan tidak tahan menghadapi pergolakan rumah tangga sejak April lalu.
Malah, tiada usaha dilakukan oleh pihak suami untuk memujuk atau menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Uqasha Dakwa Tarikh Akad Nikah Pada Sijil Nikah Berbeza Dengan Tarikh Sebenar
Tidak lama kemudiannya, Uqasha dalam satu hantarannya di Instagram mendakwa wujud perbezaan antara majlis akad nikah sebenar dengan tarikh yang tercatat pada sijil nikah mereka.
Jelas Uqasha, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas menghadiri prosiding mahkamah semalam (22 Oktober).
“Allah Maha Besar, Masya-Allah satu lagi (masalah). Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pukul 9 pagi.
“Tapi rupanya di sijil nikah aku dinikahkan ada 4 November 2021 pada pukul 9.30 malam tanpa pengetahuanku. Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini?
“Selama ini aku diperbodohkan seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasikan si dia serta keluarga untuk kata sah sebab dah ada wali,” terangnya.
Mohon Pandangan Pakar Agama Mengenai Status Perkahwinan
Menerusi hantaran tersebut, Uqasha yang kini sedang popular dengan drama Jika Cinta Itu Buta itu turut memohon pandangan daripada pakar agama mengenai isu tersebut.
“Ustaz dan ustazah mohon dan tolong saya,” katanya.
Namun, hasil semakan kami mendapati hantaran tersebut telahpun dipadam di Instagram miliknya.

Perkahwinan Itu Sah – Mufti Terengganu
Memetik Majoriti, Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron kemudiannya menjelaskan perbezaan tarikh akad nikah dengan tarikh yang tercatat pada sjil nikah tidak menjejaskan kesahihan sebuah perkahwinan.
Ini kerana jelas beliau, perkahwinan itu adalah sah sekiranya akad nikah dilaksanakan mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan dalam Islam termasuklah kehadiran wali dan saksi yang sah.
“Ya, perkahwinan itu sah. Kalau pada tarikh sebenar akad, semua rukun dan syaratnya cukup, ada wali, saksi dan ijab kabul yang sah, maka pernikahan tersebut sah di sisi syarak,” katanya yang dipetik dari Majoriti.
Perbezaan Tarikh Pada Sijil Nikah Mungkin Akibat Kesilapan Teknikal, Boleh Diperbetulkan
Terang beliau lagi, perbezaan tarikh pada dokumen tersebut mungkin berlaku akibat kesilapan teknikal ketika proses pendaftaran dan ia boleh diperbetulkan di pejabat agama.
“Tak ada masalah pun sebab dokumen tersebut hanya berfungsi sebagai rekod dan sokongan kepada perkahwinan,” terangnya.
Sijil Nikah & Dokumen Rasmi Rekod Pentadbiran Moden
Malah jelas beliau, dalam Islam, akad nikah menjadi asas kepada kesahihan sebuah perkahwinan manakala sijil dan dokumen rasmi hanyalah rekod pentadbiran moden.
“Zaman dahulu pun orang kahwin tanpa dokumen, asalkan ada saksi dan wali, sah pernikahan itu.
“Sekarang ini sijil cuma sebagai bukti atau support letter supaya mudah urusan pendaftaran dibuat,” terangnya lagi.
Rukun Nikah Dalam Islam
Untuk info, Islam menetapkan lima rukun yang wajib dipenuhi ketika akad nikah iaitu:
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Lafaz (ijab dan qabul)
- Wali
- Dua orang saksi
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Mesti Bunuh Dia” – Uqasha Senrose Dedah Mesej WhatsApp Berbaur Ugutan Mahu Serang Kamal Adli
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Sedar & Masih Mamai” – Uqasha Sahkan Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan Selepas Diserang
Source:



