Tarikh keputusan SPM 2022, tunggu pengumuman rasmi KPM

20 May 2023 • 7:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 20 MEI: Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, mengenai tarikh pengumuman berkenaan.

“Banyak sangat spekulasi, anda semua kena pastikan tiada berita palsu tentang pengumuman SPM.

“Selagi tidak ada pengumuman daripada mulut saya dan Datuk KP (Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali) itu tidak betul. Terlalu banyak spekulasi, tetapi percayalah bila pun tarikhnya keputusan anak-anak tetap sama,” katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.

Turut hadir Pkharuddin, Pengarah Pendidikan Kelantan Mohd Zamri Abdul Aziz.

Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved