Tarikh keputusan SPM kekal 27 Mei

10 May 2024 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

NIBONG TEBAL, 10 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata pemilihan tarikh tersebut juga, tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru, kerana keputusan SPM boleh juga diperolehi secara dalam talian.

“Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM) kita mendengar semua pandangan, apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahteraan guru. Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 hari bulan ini sebagaimana yang telah kita umumkan,” katanya selepas merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini, susulan guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved