Tarikh pelancaran Snapdragon 8 Gen 2 mungkin dalam bulan November 2022

Digital
27 Jun 2022 • 3:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menurut sumber rasmi, Qualcomm akan mengadakan acara Snapdragon Tech Summit 2022 pada 14 hingga 17 November ini. Melihat pada trend-trend terdahulu, biasanya akan ada SoC baru dilancarkan. Untuk tahun ini, kita mungkin bakal menyaksikan Snapdragon 8 Gen 2 diumumkan.

image is not available

Sebagai rujukan, Snapdragon 8 Gen 1 diumumkan pada Snapdragon Tech Summit 2021 pada awal Disember 2021. Snapdragon 888 pula diumumkan pada awal Disember 2020 sewaktu Snapdragon Tech Summit 2020.

image is not available

Menarik untuk menyaksikan apakah yang akan dibawakan pada cip terbaharu mereka kelak. Hal ini kerana Snapdragon 8 Gen 1 dan 8+ Gen 1 sudahpun berada dalam kategori 4nm. TSMC sudahpun mengumumkan kesediaan litografi 3nm yang katanya boleh naikkan kecekapan tenaga sehingga 30% dab prestasi naik 15% berbanding 5nm.

Di 3nm kelak, anda boleh jangkakan penggunaan litografi ini sehingga 2025 melalui beberapa iterasi 3nm seperti N3, N3E, N3P dan N3X sebelum litografi berasaskan Nanosheet menggantikan FinFET yang sudah berusia lebih 62 tahun.

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved