Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan

17 Feb 2023 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum hati selepas disabitkan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais yang dijadualkan pada 3 Mac ini telah dilapangkan.

Jasmine Cheong, peguam mewakili bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 59, ketika dihubungi pada Jumaat, mengesahkan bahawa tarikh pendengaran rayuan tersebut telah dilapangkan oleh Mahkamah Rayuan semasa pengurusan kes pada 16 Januari lalu.

Beliau berkata, ini berikutan dua perayu, R Dinishwaran, 30, dan S Ravi Chandarasn, 51, masing-masing belum memfailkan petisyen rayuan.

Cheong berkata, Dinishwaran telah melantik peguam baharu yang memerlukan masa untuk meneliti rekod rayuan dan memfailkan petisyen rayuan manakala Ravi Chandaran sedang dalam proses memfailkan petisyen rayuan.

Katanya, mahkamah telah menetapkan 11 April ini uuntuk pengurusan kes rayuan tersebut.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati terhadap Dr Kunaseegaran,59, pemberi pinjaman wang, Ravi Chandaran dan empat penganggur Dinishwaran, A K Thinesh Kumar, 29, M Vishwanath, 32, serta S Nimalan, 29, selepas didapati bersalah membunuh Morais yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram, tujuh tahun lalu.

Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana.

Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September 2015. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved