Tarikh Tukar Duit Raya 2026 – Senarai Bank & ATM Setiap Negeri

LocalSales & Promo
7 Mar 2026 • 11:11 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Perkhidmatan tukar duit raya 2026 kini lebih mudah apabila beberapa bank di Malaysia mula membuka kaunter khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan wang kertas baharu menjelang Hari Raya Aidilfitri. Antara bank terawal yang telah mula menawarkan perkhidmatan ini untuk Hari Raya tahun 2026 ialah Maybank dan Bank Islam.

Melalui perkhidmatan ini, pelanggan boleh menukar duit kepada pecahan kecil yang sesuai dijadikan duit raya.

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM 2026

Tahukah anda, bagi tahun 2026 ini, terdapat beberapa pilihan bank yang menyediakan perkhidmatan menukar duit raya.

Antara bank yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank dan Bank Islam.

Berikut ialah maklumat terkini mengenai tarikh dan waktu tukar duit raya 2026 di Maybank dan Bank Islam.

i) Maybank

tukar duit raya

Ikuti perkongsian Fadzlyramly di Threads

Pihak Maybank akan menyediakan perkhidmatan tukar duit raya di kaunter bank pada waktu berikut:

  • Tarikh: 10 Mac 2026
  • Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Orang ramai digalakkan datang lebih awal untuk mengelakkan wang pecahan kecil kehabisan, di samping mematuhi segala syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

ii) Bank Islam

Berdasarkan makluman terkini setakat 2 Mac 2026, semua cawangan Bank Islam telah menyediakan perkhidmatan tukar duit raya di kaunter bank.

Traksaksi pertukaran duit raya akan bermula dari 9.30 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Walau bagaimanapun, kemudahan ini hanya disediakan kepada pemegang akaun Bank Islam sahaja. Pelanggan dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan bersama kad ATM atau dokumen berkaitan bagi memudahkan proses urusan di kaunter.

Image from: Tarikh Tukar Duit Raya 2026 – Senarai Bank & ATM Setiap Negeri
Kredit: Thread @sayaatasyaa_

iii) CIMB Bank

CIMB Bank telah mengumumkan senarai ATM khas untuk pengguna di Malaysia yang ingin mengeluarkan duit kertas RM10 baharu sebagai persediaan duit raya bagi tahun 2026.

Untuk makluman, kemudahan ini akan mula tersedia bermula 9 Mac 2026 hingga 19 Mac 2026 dan melibatkan sebanyak 25 mesin ATM terpilih di seluruh negara.

Urusan dijalankan bermula jam 9.15 pagi hingga 11.00 pagi pagi sahaja (Melibatkan transaksi tunai)

Bagi memudahkan orang ramai, berikut merupakan senarai ATM Raya 2026 CIMB Bank:

NoATM IDBranch CodeBranch NameState
1FCCK0112SegamatJohor
2FCTP0902KangarKangar
3FC610206Jalan Kg Baru, Sungai PetaniKedah
4FSMA0308Kubang KerianKelantan
5FCD10302Pasir MasKelantan
6FTBI0413Kota LaksamanaMelaka
7FCGP0514Taman Semarak, NilaiNegeri Sembilan
8FCKG0606JerantutPahang
9FSP90718Pusat Bandar Seberang JayaPenang
10FCLL0802Jalan Pasar, Teluk IntanPerak
11FSFP1275KajangSelangor
12FCRJ1231Telok Panglima GarangSelangor
13FSZ81223Taman Seri GombakSelangor
14FTJQ1244Bandar SunwaySelangor
15FCUX1255CyberjayaSelangor
16FSFW1290Bandar Setia AlamSelangor
17FCC71304DungunTerengganu
18FCJO1479Menara CIMB – 1WP Kuala Lumpur
19FS501430KLCCWP Kuala Lumpur
20FTIM1408Menara CommerceWP Kuala Lumpur
21FCMR1411Sungai BesiSelangor
22FCNB1008Lahad DatuSabah
23FTGK1014RiversonSabah
24FCNO1108Miri Times SquareSarawak
25FCCI1115Jalan TAR KuchingSarawak
Image from: Tarikh Tukar Duit Raya 2026 – Senarai Bank & ATM Setiap Negeri
Kredit: CIMB

Bank-bank Lain

Menurut beberapa sumber lain di media sosial, pengguna yang telah pergi ke bank berkongsi bahawa pertukaran duit raya kebanyakannya hanya boleh dibuat bermula 10 Mac 2026. Antaranya:

  1. Public bank
  2. Agro bank
  3. Bank BSN
  4. RHB
  5. Hongleong
  6. AmBank
  7. Maybank
  8. Bank Rakyat

Namun ada beberapa buah bank yang menawarkan perkhidmatan tukar duit raya lebih awal, iaitu bermula 3 Mac 2026, seperti :

  • Affin bank
  • Bank Islam
  • Bank muamalat
  • Maybank di cawangan tertentu sahaja

*NOTA: Ini bukanlah maklumat rasmi, tetapi hasil pengumpulan maklumat di media sosial

Jom Tukar Duit Raya!

Semoga senarai ini dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.

Jom kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!

Baca juga:

View Original Article