Taruh Nombor Plat Semua Kereta Milik Keluarga, Pemborong Ayam Menang RM23 Juta

23 Mar 2023 • 1:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki itu mempertaruhkan kesemua lima set nombor pendaftaran kereta milik ahli keluarganya

Taruh Nombor Plat Semua Kereta Milik Keluarga, Pemborong Ayam Menang RM23 Juta. Dilaporkan seorang pemborong ayam dari Perak telah memenangi RM23 juta Toto 4D Jackpot 1 pada 19 Mac lalu.

Difahamkan, lelaki tersebut telah mempertaruhkan nombor pendaftaran semua kenderaan milik ahli keluarganya.

image is not available
Taruh Nombor Plat Semua Kereta Milik Keluarga, Pemborong Ayam Menang RM23 Juta

Hanya mula mempertaruhkan nombor pendaftaran kenderaan milik ahli keluarganya selepas anak bongsu membeli kereta baharu

Menurut laporan, lelaki berusia 49 tahun itu berkata dia hanya mula mempertaruhkan nombor pendaftaran kenderaan milik ahli keluarganya selepas anak bongsunya membeli kereta baharu 3 bulan lalu.

Katanya, dia fikir ia menarik untuk bertaruh pada lima nombor pendaftaran kereta milik ahli keluarga dia, termasuk kereta dia sendiri.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: WapCar

Difahamkan, dia bermain Toto 4D Jackpot’s System Play untuk mempertaruhkan kesemua lima set nombor pendaftaran kereta dan nombor kereta dua anak lelaki dia muncul sebagai pasangan nombor yang menang iaitu masing-masing 4147 dan 9590.

Tiket System 5 memenanginya RM22,991,136.80 dan tambahan RM1,008 sebagai bonus System Play

Mengenai kemenangannya, dia berkata dia terdiam apabila melihat kedua-dua nombor yang menang naik ke tiga hadiah teratas.

Malah, dia turut berkongsi dia mengalami malam tanpa tidur sehingga dia sendiri datang untuk mengambil hadiah dia hari ini.

Tambahnya lagi, dia akan merancang bagaimana dia akan membelanjakan kekayaan barunya setelah menyimpan wang kemenangan terbabit dengan selamat ke dalam akaun banknya.

Lagi di sini:

View Original Article