TAS Offshore raih kontrak RM22.6 juta bina tiga unit bot tunda
diyana
22/01/2024 - 14:19
KUALA LUMPUR 22 Jan - TAS Offshore Berhad menerusi anak syarikatnya telah memperoleh kontrak pembinaan tiga unit bot tunda bernilai RM22.6 juta.
Syarikat pembina kapal itu berkata kontrak terbabit ditandatangani dengan pelanggan sedia ada dari Indonesia.
Penghantaran ketiga-tiga bot itu dijangka pada suku ketiga 2025.
TAS berkata hasil yang dijana daripada kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2026 (FY26).
Pada rehat tengah hari ini, saham TAS kekal pada 50.5 sen dengan permodalan pasaran berjumlah RM90.9 juta. - DagangNews.com


