Tatakelola Dan Kecerdasan Buatan Seiring Hasrat Perdana Menteri

LocalPolitics
3 Jan 2025 • 3:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tatakelola Dan Kecerdasan Buatan Seiring Hasrat Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 3 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyambut baik hasrat Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, yang menekankan kepentingan tatakelola baik dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas demi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, Maritim Malaysia akan memastikan tahun 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik Agensi ini sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.

Justeru jelas beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-manapegawai mahupun anggotanya yang cuba menggadaikan keselamatan negara kerana culas dalam tugasan, tidak berintegriti atau mementingkan keuntungan peribadi.

image is not available

“Ini merupakan suatu perkara serius yang perlu ditangani dengan sebaiknya oleh semua ketua-ketua jabatan dalam memastikan perkhidmatan awam dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia.”

“Melalui Teras Tujuh yang saya perkenalkan, pengukuhan tatakelola telah menjadi salah satu teras yang diletakkan dalam usaha memacu Agensi agar menjadi sebuah pasukan penguat kuasa yang disegani dan terbaik di dunia,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia selepas hadir di Kementerian Dalam Negeri bagi menyaksikan ucapan YAB Perdana Menteri secara langsung sempena perjumpaan bersamaWarga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2025.

Datuk Haji Mohd Rosli dalam pada itu turut berkata, bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien, Maritim Malaysia turut merancang program latihan khusus dalam bidang teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) untuk melengkapkan pegawai dan anggota dengan pengetahuan serta kemahiran teknologi terkini.

Melalui aplikasi teknologi AI dalam pengawasan, analisis data, dan pengurusanrisiko, Maritim Malaysia yakin dapat meningkatkan keberkesanan operasi dandapat berhadapan cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

image is not available

Usaha yang dirancang ini turut seiring dengan impian Perdana Menteri yang inginmelihat penjawat awam terutamanya golongan muda dapat menyaingi kepakaran yang dimiliki penyedia perkhidmatan kerajaan (konsultan) serta pihak luar negara.

Melalui komitmen yang dinyatakan ini, Maritim Malaysia akan memastikan negara terus dipacu cemerlang Kerajaan MADANI dengan melalui peningkatan dan pengukuhan tatakelola pegawai dan anggota Maritim Malaysia dalam segenap bidang dan pengoperasian.