Taufan Dujuan: Korban di Jepun meningkat sembilan orang

23 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Taufan Dujuan: Korban di Jepun meningkat sembilan orang

CHIBA (Jepun), 23 SEPT: Angka kematian akibat Taufan Dujuan, yang melanda timur Jepun awal minggu ini, meningkat kepada sembilan orang pada Rabu selepas seorang wanita disahkan meninggal dunia di Wilayah Kanagawa dan seorang lelaki ditemukan (maut) di dalam kenderaan yang tenggelam di Wilayah Chiba, di timur Tokyo, lapor Kyodo News memetik pihak berkuasa tempatan.

Usaha mencari empat orang yang dilaporkan hilang masih diteruskan selepas ribut itu membawa hujan lebat dan banjir ke Wilayah Chiba.

Enam daripada sembilan mangsa maut di Chiba dan tiga lagi di Wilayah Kanagawa, yang terletak di barat daya Tokyo.

Taufan itu berlaku semasa tempoh cuti lima hari 'Silver Week' yang berlangsung hingga Rabu, menyebabkan kerosakan teruk di Chiba yang turut mengalami hujan lebat dan banjir pada Ogos serta awal September.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved