Taufik Batisah ‘Belanja’ Foto Bertuala & Nampak ‘Six Packs’, Undang Komen Nakal Ramai Lelaki – “Wow Basah Saya”

3 Aug 2023 • 7:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah lama menyepi daripada dunia seni, foto dimuat naik penyanyi dari Singapura Taufik Batisah mendapat perhatian ramai warganet.

Menerusi Twitter, penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana? itu telah memuat naik foto dirinya yang hanya bertuala di dalam bilik air.

Menampakkan bahagian atas tubuhnya yang mempunyai six packs sehingga ke bahagian pusat, ramai yang seperti tidak keruan melihat Taufik sebegitu.

Ada yang menyambut salam Taufik itu dan ramai turut memuji bentuk badan Taufik yang sasa sehingga segelintir daripada mereka memanggilnya ‘daddy’.

Beberapa individu membuat andaian bahawa musim baru Gegar Vaganza akan bermula tidak lama lagi.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, menerusi tinjauan warganet ternyata ramai kaum lelaki yang meninggal komen-komen nakal terhadap gambar Taufik.

image is not available

Taufik kini berusia 41 tahun serta sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 bersama Sheena Akbal dan mereka berdua aktif membuat content bersama di Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Sajat Kerap Tayang Badan, Ramai Dah Muak Tengok - "Sekuat Apapun Berusaha, Abang Tetap Lelaki"