Tauke musang king mula susah hati

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tauke musang king mula susah hati

JERANTUT – Masalah jerebu yang melanda negara pada masa ini bukan sahaja meresahkan rakyat yang terpaksa mengehadkan aktiviti harian, tetapi turut menimbulkan kebimbangan pekebun durian yang risau hasil tanaman itu termasuk musang king akan terjejas.

Seorang pekebun durian di Damak di sini, Frankie Loh, 45, berkata, jika keadaan jerebu berterusan, ia dikhuatiri menyebabkan daun susah ‘bernafas’ kerana matahari tidak memancar sepenuhnya, seterusnya menjejaskan hasil raja buah itu.

“Pokok durian amat memerlukan sina­ran matahari penuha selepas berbunga.

“Malah sebelum ini jika hujan turun ketika berbunga pun menyebabkan buah banyak tidak menjadi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia dan bapa saudaranya yang mengusahakan 4.8 hektar tanah untuk tanaman durian berhadapan pelbagai cabaran termasuk pokok yang mati dan sakit.

Katanya selain masalah kekurangan buah, dia juga bimbang keadaan jerebu ini akan menyebabkan banyak penyakit menyerang pokok durian sehingga menjejaskan hasil.

“Penjagaan durian khususnya musang king memang agak rumit kerana ia boleh diserang pelbagai penyakit, sudah banyak pokok musang king saya mati,” katanya.

Sementara itu, pekebun dan peraih durian di Damak, Zul­kifly Mahmud, 51, berkata, musim durian di Damak dijangka bermula Februari tahun depan apabila kebanyakan pokok baru mengeluarkan bunga pada masa ini.

Katanya, dengan keadaan ­jerebu pada masa ini dia dan pekebun lain bimbang akan memberi kesan kepada hasil durian memandangkan pokok durian
memerlukan pencahayaan yang baik semasa berbunga.

“Kalau jerebu berterusan memang kami bimbang.

“Pada masa ini pun ­bunga damak king dilihat lambat berkembang, kami tidak tahu kenapa ia jadi begitu sama ada jerebu, cuaca dan sebagai­nya.

“Kami risau kalau bunga-bu­nga ini habis gugur dan buah akan rosak akibat cuaca, penyakit atau pun keadaan jerebu,” ujarnya.

The post Tauke musang king mula susah hati appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved