Tawar diskaun feri buat pelajar, warga emas

LocalTravel
15 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sohan Das

LABUAN: Pihak berkuasa berkaitan digesa mempertimbangkan pemberian kadar subsidi diesel lebih baik bagi perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu yang boleh memuatkan 212 penumpang agar pengusaha dapat mengoperasikan perkhidmatan setiap hari dan bukan hanya dari Jumaat hingga Ahad sahaja.

Timbalan Ketua Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Datuk Ramasamy Rengasamy berkata dengan adanya subsidi bahan api yang lebih munasabah risiko kerugian akibat jumlah penumpang sedikit dapat dielakkan sekali gus membolehkan perkhidmatan dijalankan setiap hari dan turut merancakkan sektor pelancongan.

Beliau mencadangkan rundingan dilakukan supaya sebagai balasan kepada subsidi bahan api yang lebih tinggi pengusaha menawarkan tambang diskaun kepada pelajar kurang berkemampuan dan warga emas seterusnya akan menggalakkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan ini walaupun pada hari biasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia akan jadi situasi menang-menang untuk semua pihak,” katanya.