Tawar gaji, upah lumayan perangkap mangsa

10 Aug 2022 • 2:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Public Bank mengeluarkan perkongsian berkaitan penipuan tawaran pekerjaan baru-baru ini.. Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Menawarkan gaji dan upah yang lumayan untuk memerangkap mangsa. Itu taktik yang digunakan sindiket tawaran kerja tidak wujud dipercayai bergerak aktif menerusi media sosial. Public Bank menerusi satu kenyataan mendedahkan sindiket terbabit menawarkan kerja secara sambilan dengan menjanjikan kadar upah yang tinggi. Menurutnya, sindiket akan meminta mangsa mendepositkan sejumlah wang setelah menerima tawaran kerja tersebut. "Mangsa akan diminta untuk menyelesaikan tugasan diberikan dan akan menerima wang yang didepositkan sebelum ini bersama komisen. "Semakin lama tugasan akan menjadi sukar namun selepas itu mangsa tidak menerima komisen yang dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Katanya, sindiket penipuan kemudian akan menggunakan pelbagai alasan berhubung kehilangan komisen berkenaan dan memaksa mangsa mendepositkan lebih banyak wang. Tegas kenyataan tersebut, orang ramai perlu lebih berhati-hati apabila melakukan permohonan pekerjaan menerusi dalam talian. "Orang ramai perlu memastikan kesahihan setiap tawaran pekerjaan yang dilihat dalam media sosial serta jangan terperdaya dengan pulangan dijanjikan. "Jangan berikan sebarang butiran termasuk akaun peribadi terhadap mana-mana pihak tidak dikenali dan sekiranya ragu-ragu terus membuat semakan dengan pihak yang berwajib," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved