Tawar Penginapan Di Rumah Melayu Klasik, Nikmati Percutian Unik Di Santubong Family Homestay

2 Dec 2022 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siap ada kolam renang persendirian lagi!

Tawar Penginapan Di Rumah Melayu Klasik, Nikmati Percutian Unik Di Santubong Family Homestay. Pasti anda pernah mendengar atau membaca kisah lagenda terkenal di Sarawak iaitu Puteri Santubong yang telah disumpah menjadi gunung kan?

Selain daripada kaya dengan kisah lagenda menarik, Santubong juga merupakan destinasi pelancongan wajib dikunjungi jika anda menjejak kaki ke Bandaraya Kuching.

image is not available
Tawar Penginapan Di Rumah Melayu Klasik, Nikmati Percutian Unik Di Santubong Family Homestay. Kredit foto: FB Suhaili Hj Morsidi

image is not available
Kredit foto: FB Suhaili Hj Morsidi

Tempat penginapan Unik di Santubong

Berhampiran dengan pantai yang indah, dikelilingi hutan hijau memukau, pelbagai pilihan port penginapan, dan hanya 45 minit daripada Bandaraya Kuching, Santubong sememangnya pilihan terbaik buat anda yang inginkan ketenangan minda.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi satu tempat penginapan unik di Santubong di mana ia menawarkan konsep Homestay klasik rumah melayu lama.

Santubong Family Homestay ini menawarkan penginapan selesa untuk satu keluarga bercuti dengan suasana kampung. Homestay ini bukan biasa-biasa, siap ada kolam renang dengan latarbelakang pemandangan Gunung Santubong lagi!

image is not available
Kredit foto: FB Suhaili Hj Morsidi

image is not available
Kredit foto: FB @SantubongfamilikampungStay

Ada mural wanita mengenakan keringkam melayu lama

Satu lagi perkara menarik mengenai Homestay ini adalah terdapat satu mural seorang wanita yang sedang mempergayakan tuudung keringkam melayu lama di sini. Bolehlah anda mengambil ootd menarik dengan mural ini nanti.

Jika anda berminat untuk menempah penginapan di Sabtubong Family Homestay ini, anda boleh singgah ke laman Facebook mereka di @SantubongfamilikampungStay atau Whatsapp di 013-577 1007.

Jadi, kalau anda nak merasai penginapan yang simple, tenang dan dekat dengan pelbagai tarikan utama di Santubong, anda boleh tempah Homestay ini sekarang!

Lokasi: 284, Lorong Pantai Puteri 1, 93050 Kuching, Sarawak