Tawaran Bayaran Trafik RM50 Hingga Hari Ini, Jom Bayar Segera

LocalPolitics
21 May 2023 • 11:33 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tawaran itu adalah keprihatinan kerajaan bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan orang ramai yang mempunyai saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), bahawa mereka hanya mempunyai tempoh sehari sahaja lagi, iaitu hingga hari ini untuk menyelesaikan bayaran terbabit menerusi tawaran harga diskaun RM50 setiap satu, seperti diberikan Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau meminta mereka memanfaatkan tawaran itu dengan menyelesaikan saman dimiliki secepat mungkin.

“Kadar Khas Bayaran Saman PDRM. Tinggal satu hari sahaja lagi. Jom bayar segera!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada 18 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menawarkan kepada pengguna jalan raya yang mempunyai saman trafik, membayarnya pada kadar harga RM50 setiap satu bermula 21 April.

Katanya, tawaran itu adalah keprihatinan kerajaan bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat.

Perdana Menteri berkata, PDRM akan memberikan kadar khas bayaran saman itu selama sebulan hingga hari ini.

Ujarnya, tawaran itu diberikan bagi semua saman trafik PDRM untuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya.

Kadar harga RM50 dan kadar khas itu, katanya, tidak terpakai bagi saman trafik dikeluarkan pada 2023.

“Namun, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap optimum, terutamanya semasa musim perayaan,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2023