“Tawaran Kerja Memang Banyak Cuma..” – Kos Pembedahan Jantung RM38K, Ebby Yus Tetap Kerja Walau Hidap Penyakit Kronik

17 Nov 2023 • 4:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, pelakon dan pelawak yang digemari ramai, Ebby Yus dikatakan akan menjalani pembedahan jantung pada bulan 12 tak lama lagi. Katanya hal ini oleh kerana telah menerima saranan doktor yang ingin memasukkan perentak jantung memandangkan kondisi jantung Ebby yang semakin lemah.

Telah diketahui kos pembedahan tersebut mencecah RM38K dan pelakon ini masih lagi dalam misi mencari bantuan menampung kos perubatan yang tinggi itu. Tambah Ebby, meskipun mengalami pelbagai penyakit kronik, dirinya masih lagi diberikan kesempatan untuk berkarya dalam industri seni ini.

Tawaran kerja syukur Alhamdulillah memang banyak cuma saya menghadkan bergantung pada keadaan.

Kalau outdoor tu, saya ada masalah silau juga yang tak lama lagi akan lakukan pembedahan juga. Jadi kalau panas terik, saya tak boleh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebby Yus Rashid (@ebbyyusoriginal)

Tidak berputus asa, dirinya masih menjalani aktiviti seharian sebagai seorang artis seperti biasa selagi masih diberikan kekuatan tetapi bergantung kepada faktor tempat, aktiviti yang dibuat dan tempoh pengambaran.

Bukan itu sahaja, kata pelawak ini juga, ramai rakan artis yang turut prihatin dan bertanyakan khabar dirinya. Namun, jika mahu meminta pertolongan untuk bayaran pembedahan dari mereka itu, Ebby faham jika rakan artis mempunyai tanggungjawab sendiri yang perlu diutamakan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

Kritikal Di Hospital Akibat Komplikasi Jantung, Doakan Mohd Zaman Goh - "Tengok Nightline Sebab Dia Je"

View Original Article