Tawaran lanjut pelajaran secara percuma di Serbia

3 Sep 2024 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan Serbia mempelawa Kerajaan Sabah untuk menghantar pelajar melanjutkan pelajaran di negara itu di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Konsul Kehormat Republik Serbia di Malaysia, Datuk Zulkifli Amin Mamat berkata tawaran tersebut termasuk kos yang akan dibiayai oleh pihaknya.

“Kita bercadang untuk mempelawa kerajaan negeri untuk menghantar pelajar-pelajar terpilih ke Serbia yang mana kita akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Serbia di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah,” katanya.

Menurut beliau, Sabah merupakan antara negeri di negara ini yang mempunyai keistimewaan terutama dari segi tempat-tempat menarik khususnya pulau dan pantai yang indah yang boleh dikunjungi oleh rakyat Serbia.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Ketika ini kita sedang menggalakkan rakyat Serbia untuk keluar melancong dan daripada mereka pergi ke negara-negara lain apa salahnya mereka datang ke Sabah kerana Serbia tiada pantai,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, Isnin.

Beliau diiringi pegawainya, Datuk Jeffry Mohd Ali.

Tambah Zulkifli, tujuan kunjungan adalah bagi merapatkan hubungan antara Malaysia dan Republik Serbia.

“Kunjungan pada hari ini adalah salah satu dari siri kunjungan rasmi kepada pembesar-pembesar negeri bagi memaklumkan tentang peluang-peluang yang boleh diterokai oleh kedua-dua belah pihak terutama bagi sektor pendidikan dan pelancongan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan kini terdapat kurang 100 orang rakyat republik itu berada di Malaysia dan kebanyakannya adalah golongan profesional yang bertugas di Kuala Lumpur dan Sarawak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.