Tawau International Light Fest 2024 tarik kehadiran pelancong dalam, luar negara

3 Feb 2024 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Penganjuran Tawau International Light Fest 2024 selama lapan hari bermula 1 Februari di tapak terbuka Fuji Park, Jalan Sin Onn di sini, mampu menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew optimis ramai akan hadir menyaksikan keunikan cahaya dan seni yang dipamerkan di tapak tersebut.

Antara tarikan utama adalah tanglung naga bersaiz gergasi sepanjang 88 kaki panjang dan berketinggian 22 kaki, 12 tanglung berbentuk haiwan dalam kalendar lunar atau zodiak Cina dan hampir 600 tanglung merah yang digantung di pintu gerbang tapak tersebut.

“Saya berharap anak-anak Tawau yang pulang ke tanah air sempena Tahun Baru Cina ini, akan berkunjung ke sini untuk menikmati suasana sambutan Tahun Baru Cina yang meriah dan berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang,” katanya.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir merasmikan Tawau International Light Fest 2024 di kawasan lapang Fuji Park, Jalan Sin Onn, pada Khamis, malam.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang serta wakil-wakil kepada wakil rakyat Tawau dan Kalabakan.

Dalam pada itu, Christina cukup gembira dengan kejayaan penganjuran program tersebut yang disifatkannya mampu mencerminkan keupayaan masyarakat berkongsi keindahan budaya dan kreativiti bersama.

“Sebagai sebahagian dari Kerajaan Negeri, saya ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap usaha-usaha sebegini yang dilakukan oleh masyarakat Sabah, khususnya bagi mempromosikan pelancongan kepada pelancong tempatan atau pelancong antarabangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program tersebut amat unik kerana menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden dalam setiap aspek acara ini.

Katanya, cahaya yang berkilauan melambangkan keceriaan dan kepelbagaian yang menjadi kebanggaan rakyat Tawau, sekaligus dapat menyaksikan betapa seni dan cahaya mampu menyatukan masyarakat dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Sementara itu, Ho Jian Rung, 40, yang bertanggungjawab menyiapkan tanglung gergasi tersebut memberitahu dia bersama 10 ahli pasukannya mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan hiasan tersebut.

Anak jati Tawau itu berkata, dia banyak menghasilkan tanglung, termasuk menyertai pelbagai pertandingan, namun, ini adalah kali pertama menghasilkan tanglung bersaiz gergasi.

“Saya berharap warga Tawau tanpa mengira kaum dan agama, termasuk pelancong luar akan hadir di tapak ini untuk menikmati keindahan cahaya lampu kertas yang kami hasilkan,” katanya.

View Original Article