Tayang Banyak Iklan, Lelaki Saman Pawagam & Menang RM1,015

WorldBusiness & Finance
6 Mar 2025 • 9:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tayang Banyak Iklan, Lelaki Saman Pawagam & Menang RM1,015

Seorang lelaki di Bangalore, India dilapor memfailkan tuntutan saman terhadap sebuah pawagam kerana menayangkan terlalu banyak iklan sebelum tayangan filem bermula.

Menurut United Press International, individu yang dikenali sebagai Abhishek M R, 31, telah menerima pampasan berjumlah lebih $200.

Tindakan itu dilakukan selepas dia berasa tidak berpuas hati dengan pengalamannya ketika menonton filem ‘Sam Bahadur’ di pawagam PVR INox pada 26 Disember 2023.

Menurut Abhishek, filem yang ditonton seharusnya tamat pada jam 6:30 petang (waktu tempatan), namun ia ditangguhkan sehingga jam 7 malam.

Tayang banyak iklan, lelaki menang kes saman pawagam

“Kelewatan itu disebabkan dua pengumuman khidmat masyarakat dan menayangkan 17 iklan, menyebabkan saya terlepas daripada panggilan kerja yang telah dijadualkan,” katanya.

UPI berkata, Abhishek sebelum ini dilapor menuntut pampasan sebanyak $547 (kira-kira RM2,415) untuk perdagangan tidak adil, $57 (kira-kira RM251) bagi gangguan mental dan $115 (kira-kira RM507) bagi kos guaman.

Suruhanjaya Penyelesaian Pertikaian Pengguna Daerah membenarkan dia menerima pampasan $230 (kira-kira RM1,015) dan $92 (kira-kira RM406) untuk kos guaman.

“Pada zaman ini, masa dianggap sebagai wang dan sangat berharga. Duduk sambil menonton iklan yang tidak diperlukan selama 20 hingga 30 minit adalah lama

“Mereka yang memiliki jadual padat tidak ada masa untuk dibazirkan,” tambahnya.