Tayang Miliki Kereta Setengah Juta Di Usia Muda, Ramai Anggap Jejaka Ini Saja ‘Show Off’ Dan Didoa Kena Samun

Cars
13 Jul 2022 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk memiliki kereta idaman ketika usia masih muda sememangnya dilihat seperti satu perkara yang mustahil, namun jika ada usahanya, tidak pelik seseorang itu boleh memiliknya seperti jejaka ini.

Jejaka ini tidak teragak-agak untuk berkongsikan video-video kereta mewah BMW i8 miliknya di TikTok hinggga mendapat perhatian ramai di platform berkenaan.

Pihak mStar telah menemubual jejaka terbabit dan difahamkan kereta itu dimiliki olehnya beberapa bulan lalu dengan harga kira-kira setengah juta, RM500,000.

Katanya, pada awal dia ada melihat seorang wanita membuat video memaparkan kereta, jadi dia pun ingin mencuba dan tidak menyangka videonya memasuki For You Page (FYP) di platform media sosial itu hingga dapat meraih perhatian warganet.

Masih tidak puas mengejar impian untuk miliki kereta mewah, jejaka itu kata dia ada menyimpan hasrat untuk membeli kereta mewah lain iaitu Rolls Royce di masa akan datang.

Biarpun meraih perhatian ramai dengan komen-komen positif, masih ada juga netizen yang dengki terhadap pencapaian jejaka itu dengan mengatakan dia sengaja ingin show-off serta mendoakan agar disamun.

Sedar dirinya dikecam, jejaka itu sama sekali tidak mengambil hati dengan apa yang diperkatakan oleh segelintir netizen terhadapnya tetapi sebaliknya berasa sedih terhadap orang yang mengecam kerana ia tidak menjejaskan akaun bank jejaka itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Kami Sedang Tunggu SIRIM & HALAL.." - Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha, Neelofa Tak Diam Diri