Tayar Kancil Lebih Besar Dari Kereta Tarik Perhatian Netizen Di Sarawak

11 May 2024 • 3:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen tak percaya bagaimana tayar Kancil ini lebih besar dari kereta sendiri

Tayar Kancil Lebih Besar Dari Kereta Tarik Perhatian Netizen Di Sarawak. Peminat kereta sering mengatasi batasan untuk merealisasikan kereta impian mereka, dan pemilik kereta ini juga membawanya ke tahap lain.

Baru-baru ini, sebuah kereta Kancil berwarna hijau kelihatan melahu di jalan raya, tetapi yang menarik perhatian semua orang ialah tayarnya yang tidak sepatutnya besar, menonjol jauh melepasi rangka kereta pada keempat-empat bucu.

image is not available
Tayar Kancil Lebih Besar Dari Kereta Tarik Perhatian Netizen Di Sarawak

Video itu dikongsi oleh laman Facebook Himpunan Cerita Lawak, lalu menjadi tular dan menjadi buah mulut ramai.

Menerusi perkongsian itu, kereta itu kelihatan bergerak perlahan, mungkin kerana tayarnya terlalu besar. Difahamkan, kereta tersebut dipercayai berlaku di Sarawak semasa penganjuran acara Kuching Auto Rad Show (KARS) pada minggu lalu.

Pelbagai reaksi daripada netizen

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berempati dengan keadaan tayar kereta tersebut.

Malah, sesetengah netizen turut menyalahkan keputusan pemilik untuk mengubah suai kereta dengan menggantikan tayar lebih besar.

Walau bagaimanapun, seorang netizen yang mendakwa mengenali pemilik kereta itu dan menyatakan pemilik hanya menggunakan kereta ini untuk acara-acara tertentu sahaja.