Tayar pesawat pecah: Landasan KLIA dibuka semula, operasi penerbangan kembali normal

LocalTravel
13 Jun 2026 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tayar pesawat pecah: Landasan KLIA dibuka semula, operasi penerbangan kembali normal
Operasi penerbangan di landasan terbabit telah kembali pulih dan kini beroperasi seperti biasa. Foto hiasan

SEPANG -  Landasan terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka semula pada 7.40 malam tadi selepas mendapat kelulusan keselamatan akhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

KLIA dalam hantaran Facebook memaklumkan operasi penerbangan di landasan terbabit telah kembali pulih dan kini beroperasi seperti biasa.

Terdahulu, KLIA dalam hantaran menerusi media sosial sama memaklumkan satu daripada tiga landasan di lapangan terbang itu ditutup sementara hari ini susulan insiden tayar pesawat pecah.

Penutupan sementara itu pada awalnya dijadual berlanjutan hingga 9 malam ini seperti yang dinyatakan dalam Notis kepada Juruterbang (NOTAM). - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved