Tayar Pintar Pirelli Mengubah Tetapan Kereta Secara Automatik

TechnologyDigitalCars
9 Oct 2024 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita sudah ada telefon, tablet, komputer, cermin mata, rumah dan pelbagai lagi produk pintar di pasaran. Seterusnya kita akan memasuki era tayar pintar pula menerusi inovasi yang dibangunkan oleh Pirelli dan Bosch. Teknologi tayar pintar Cyber Tyre dilengkapi pelbagai sensor yang boleh mengubah tetapan kenderaan secara automatik.

image is not available

Kepakaran Pirelli dalam pembangunan tayar digabungkan dengan teknologi MEMS (Micro-Electro-Mechanical Systems) Bosch yang digunakan pada sistem kenderaan prestasi tinggi. Pagani Utopia Roadster ialah kereta pertama yang menggunakan teknologi pengesanan masa nyata yang mengubah bagaimana kenderaan dikawal sepanjang masa. Semua maklumat dari Cyber Tyre dihantar kepada kenderaan menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE).

image is not available

Selain memastikan kenderaan sentiasa pada tetapan pemanduan paling optimum, Cyber Tyre juga boleh mengurangkan pencemaran menerusi dan juga memastikan tayar bertahan lebih lama. Pada ketika ini teknologi Cyber Tyre ditawarkan pada tayar Pirelli P Zero (PZ4), Pirelli P Zero Corsa dan Pirelli P Zero Winter.

View Original Article