‘Tayar Salah Ke Bini Aku Yang Salah?’, Kongsian Lelaki Dari Kuching Ini Bikin Netizen Dekah

28 May 2023 • 10:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Tayar tu yang salah bang, dah betul dah dia pasang”- komen netizen

Tayar Salah Ke Bini Aku Yang Salah?’, Kongsian Lelaki Dari Kuching Ini Bikin Netizen Dekah. Kalau tanya soal kereta ni, biasanya lelaki lah yang pakar dalam bab ni kan? Yelah, kerja-kerja keras macam ni selalunya lelaki yang buat.

Sebuah kongsian di media sosial oleh seorang lelaki dari Kuching telah menarik perhatian netizen.

image is not available
‘Tayar Salah Ke Bini Aku Yang Salah?’, Kongsian Lelaki Dari Kuching Ini Bikin Netizen Dekah

Suaminya yang memuat naik perbualan mereka di media sosial dengan kapsyen yang cukup menarik dan lucu.

Hal ini berpunca dari kongsian perbualannya dengan isterinya mengenai tayar belakang kereta mereka yang pecah dan perlu diganti.

Mengikut kongsian isterinya di laman Facebook, tayar itu telah diganti dengan yang spare sementara serta memohon kepada suaminya agar menukarnya di kedai tayar.

Namun, kongsian gambar oleh isterinya tersebut membangkitkan tawa dan geli hati netizen kerana tayar yang diganti adalah terbalik!

image is not available

Komen-komen netizen juga cukup mencuit hati

Suaminya tertawa dan memuat naik perbualan mereka di media sosial dengan kapsyen yang cukup menarik dan lucu, “Pergi sekolah memandu guna ‘kabel’ macam ni la jadinya. Tayar salah ke bini aku yang salah?”.

Terdapat juga netizen yang memberikan komen-komen lawak seperti “Tayar tu yang salah bang, dah betul dah dia pasang tapi tayar tu yang salah sebab dia yang terbalik”.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: