TC Acoustic Membuka Kedai Konsep Audio Terbaru Di Kuala Lumpur

TechnologyDigital
1 Dec 2022 • 6:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

TC Acoustic ialah syarikat pengedar perkakasan audio yang cukup terkenal untuk penawaran jenama audio premium seperti Sonos dan Klipsch dimana sebelum ini mereka secara lazimnya hanya menjual produk-produk pembesar suara melalui laman web mereka.

image is not available

Terkini, TC Acoustic telah membuka kedai konsep pertama mereka di Malaysia di pusat membeli-belah Starhill Gallery di Kuala Lumpur yang memperlihatkan penawaran katalog penuh produk-produk mereka yang boleh dilihat dan dialami dengan mata dan telinga sendiri.

image is not available

Selain daripada melihat produk-produk yang dapat dibeli di kedai tersebut, ia juga hadir dengan sebuah bilik berkonsepkan ruang-tamu yang dimuatkan dengan sistem audio 5.2.2 yang terdiri daripada lima buah pembesar suara dan dua subwoofer daripada Sonos. Pengguna boleh menikmati sendiri pengalaman menggunakan Sonos Arc, Sonos Ray, Sonos Sub dalam pelbagai konfigurasi di satu lokasi untuk menentukan gabungan produk audio manakah yang paling sesuai untuk anda.

image is not available

Bukan itu sahaja, kedai TC Acoustic ini juga hadir dengan pakar-pakar audio yang akan membantu pembeli untuk membuat keputusan terbaik tentang produk dan konfigurasi manakah yang paling sesuai untuk mereka.

image is not available

Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri produk-produk Sonos dan Klipsch ini, anda boleh lawati kedai TC Acoustic di UG05, Upper Ground Floor, Starhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

View Original Article