TCab Tech Memperlihatkan “Teksi Terbang” E20 eVTOL – Dibangunkan Syarikat Anak Malaysia

LocalTechnology
9 Oct 2026 • 3:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TCab Tech ialah sebuah syarikat pembangun teknologi kenderaan terbang eVTOL (Electric Vertical Take Off and Landing) yang berpengkalan di China, tetapi dibangunkan oleh anak Malaysia sendiri, iaitu Ng Yon Wui yang juga merupakan CEO dan Pengerusi syarikat tersebut.

Image from: TCab Tech Memperlihatkan “Teksi Terbang” E20 eVTOL – Dibangunkan Syarikat Anak Malaysia

Bersempena pengumuman dan acara tandatangan perjanjian Memorandum of Understanding dengan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), syarikat tersebut kini sedang memperlihatkan kenderaan terbang terbaru mereka, iaitu TCab Tech E20 eVTOL di pusat membeli-belah IOI City Mall di Putrajaya.

Image from: TCab Tech Memperlihatkan “Teksi Terbang” E20 eVTOL – Dibangunkan Syarikat Anak Malaysia

E20 eVTOL ini merupakan sebuah kenderaan terbang elektrik sepenuhnya yang boleh memuatkan lima individu, termasuklah seorang pemandu, empat orang penumpang dan bagasi-bagasi dengan muatan penumpang dan bagasi maksima 450kg. Dengan satu pengecasan penuh, kenderaan terbang ini juga boleh terbang pada kelajuan 320km/h dengan jarak pergerakan 200km dan ketinggian 300-600m.

Image from: TCab Tech Memperlihatkan “Teksi Terbang” E20 eVTOL – Dibangunkan Syarikat Anak Malaysia

Kelebihan kenderaan terbang eVTOL adalah kebolehannya untuk terbang dan mendarat secara menegak, tanpa memerlukan landasan. “Teksi terbang” E20 eVTOL ini belum beroperasi di Malaysia, tetapi TCab Tech memberi beberapa contoh kemampuannya, seperti menghantar penumpang dari Tawau ke lokasi-lokasi seperti Pulau Sipadan, Semporna dan Pulau Pom-Pom dalam masa 30 minit. Satu lagi contoh yang diberikan ialah penghantaran penumpang dari dan ke lokasi-lokasi seperti Genting Highlands, Lapangan Terbang Subang, Dataran Merdeka dan sebagainya dalam tempoh yang singkat sahaja.

Image from: TCab Tech Memperlihatkan “Teksi Terbang” E20 eVTOL – Dibangunkan Syarikat Anak Malaysia

Sedikit latar belakang berkenaan Ng Yon Wui, sebelum beliau membuka TCab Tech, beliau mempunyai pengalaman 20 tahun merekacipta teknologi penerbangan di China, Australia dan rantau Eropah bersama-sama syarikat seperti Airbus, Geely Terrafugia dan European Aviation Safety Authority.

Image from: TCab Tech Memperlihatkan “Teksi Terbang” E20 eVTOL – Dibangunkan Syarikat Anak Malaysia

TCab Tech akan memperlihatkan kenderaan terbang E20 eVTOL ini di pusat membeli-belah IOI City Mally di Putrajaya bermula hari ini, 9 Oktober sehingga 9 November 2026. Lokasinya adalah berdekatan pintu masuk kawasan sayap timur ataupun Symphony East 3 di pusat membeli-belah tersebut.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved