TCL 505 Diumumkan Dengan Skrin 90Hz Dan Bateri 5,010mAh

TechnologyDigital
7 Feb 2024 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TCL 505 telah diumumkan dengan spesifikasi asas melalui cip MediaTek Helio G35. Skrin pula sejenis IPS LCD HD+ 90Hz sebesar 6.75-inci, selain juga menyokong teknologi NxtVision yang dikatakan bantu melindungi mata pengguna.

image is not available

Peranti juga memuatkan memori 4GB RAM dan storan 128GB tanpa ruang slot untuk kad mikroSD. Bateri 5,010mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 10W. Turut melengkapi peranti ialah kamera utama 50MP + 2MP, kamera swafoto 5MP dan pembesar suara stereo.

image is not available

TCL 505 disediakan dalam dua pilihan warna iaitu Ocean Blue dan Space Grey namun harga jualan masih belum didedahkan.