TDK Ambil-Alih Syarikat Malaysia Memfokuskan Bateri Dan Tenaga, Linergy Power Pada Nilai $241.1 Juta

LocalBusiness & Finance
20 May 2026 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TDK Ambil-Alih Syarikat Malaysia Memfokuskan Bateri Dan Tenaga, Linergy Power Pada Nilai $241.1 Juta

TDK Corp, firma Jepun kini dalam usaha terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam penawaran penyelesaian tenaga dan bateri, kini mengumumkan perancangan untuk mengambil-alih Linergy Power Sdn Bhd, pada nilai mencapai $241.1 juta.

Linergy Power merupakan syarikat yang memfokuskan kepada bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Selesai urusan pengambil-alihan ini, Linergy Power dijangka akan menjadi anak syarikat penuh milik TDK.

TDK sedia menawarkan sejumlah penyelesaian memfokuskan kepada pembangunan teknologi, dan juga penyelesaian tenaga, termasuk penawaran bateri simpanan tenaga pelbagai kapasiti, serta produk-produk berkaitan lain. Dengan pengambil-alihan ini, ia dilihat mengukuhkan lagi penawaran TDK, disamping membolehkan mereka memperluaskan penawaran.

View Original Article