TDM Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 300K Di Sempadan Kandaie Lundu

23 Nov 2024 • 9:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM336,050

TDM Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 300K Di Sempadan Kandaie Lundu. Dilaporkan, Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan percubaan menyeludup mercun dan rokok melalui sempadan Malaysia-Indonesia di Kandaie, Lundu, hari in

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen memaklumkan bahawa anggota dari Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) bersama pasukan TNI-AD menjalankan rondaan di kawasan GABMA Kandaie.

image is not available
TDM Rampas Mercun, Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 300K Di Sempadan Kandaie Lundu. Sumber gambar: Utusan Borneo

Pemandu kenderaan sempat melarikan diri

Menurut beliau, rondaan tersebut menemukan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah lori bermuatan tertutup yang sedang menuju ke arah Indonesia.

Tambah beliau lagi, ketika pemeriksaan dijalankan, pemandu kenderaan tersebut sempat melarikan diri ke arah sempadan Indonesia. Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemui pelbagai jenis rokok dan mercun.

Kesemua rampasan termasuk dua buah kenderaan itu dianggarkan bernilai RM336,050 dan telah diserahkan kepada Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

image is not available

Sementara itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Khairul Anwar Abd Aziz, mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang terlibat.

Oleh itu, beliau berkata TDM akan terus komited dalam memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara daripada pencerobohan PATI, aktiviti penyeludupan, dan jenayah rentas sempadan.

Lagi artikel berkaitan untuk anda di sini: