TDM siasat nahas trak tentera di Gurun

2 Feb 2024 • 7:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

ALOR SETAR - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat kes kemalangan tiga anggota TDM di Kilometer 75 Lebuh raya Utara Selatan pada Jumaat.

TDM dalam satu kenyataan turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

"Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM turut menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota atas kehilangan mengejut ini.

"Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran serta ketabahan untuk menerima ketentuan ALLAH SWT," ujarnya.