Tealive edar kopi baharu secara percuma kepada pemandu kenderaan
zulfadli
24/10/2023 - 16:44
KUALA LUMPUR 24 Okt - Tealive memberikan kejutan kepada pemandu di pusat bandar dengan menyediakan secawan kopi percuma, seperti yang dilakukan sebelum ini pada tahun 2020.
Namun, kali ini Tealive memperkenalkan kopi 'Tastier, Stronger, Better' yang diperbuat daripada biji kopi Arabika terpilih dari Guatemala, Mexico, dan Indonesia. Inisiatif ini turut menyambut Bulan Kopi Antarabangsa.
Penghantar Lalamove menyampaikan cawan percuma kepada ratusan pemandu kenderaan ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Bintang Walk semasa waktu puncak di pagi hari.
Kejutan ini segera menjadi perbualan hangat di media sosial oleh penerima yang teruja berkongsi swafoto bersama cawan Tealive Coffee mereka.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, Coffee Giveaway pertama pada tahun 2020 adalah untuk mengetengahkan bahawa Tealive menyajikan kopi buatan sendiri yang baru dibancuh dengan tangan menggunakan biji kopi Arabika berkualiti tinggi.
"Sejak itu, Tealive terus maju ke hadapan dengan menyediakan kopi segar yang paling mudah diakses di Malaysia dengan melayani pelanggan daripada 830 cawangan.
"Keupayaan kami bukan sahaja terhad kepada rangkaian fizikal yang ada, tetapi juga merangkumi aplikasi rasmi Tealive yang membolehkan akses mudah untuk membuat pesanan dalam talian, penghantaran, atau pengambilan sendiri," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Loo, buat masa ini, pihaknya mempunyai lebih dua juta pelanggan di aplikasi Tealive dan kira-kira 700,000 daripada mereka aktif setiap bulan secara purata.
"Kini, kami telah meningkatkan penawaran kami dengan proses penyediaan kopi menggunakan biji kopi pilihan dari tiga negara serta penyesuaian suhu pemanggangan, yang diarahkan untuk memberikan anda pengalaman menikmati kopi yang lebih bermutu," katanya.


Sempena Bulan Kopi Antarabangsa, Tealive kini menawarkan Kopi Signature RM5, dengan menggunakan kod promosi 'COFFEE' dalam aplikasi Tealive untuk mendapatkan kopi signature dengan harga tersebut.


Selain itu, pembeli boleh menggunakan kod promosi 'NEWBEAN' dalam aplikasi Tealive untuk mendapatkan kopi kedua dengan potongan 50%, selain kod promosi 'NEWCOFFEE' bagi potongan harga RM1 untuk kopi.
Tawaran lain, termasuk potongan harga 50% untuk Donut Ball, dengan sebarang pembelian kopi, sehingga 31 Oktober ini. - DagangNews.com



