Tealive Medan Pasar Tampil Dengan Konsep Warisan Sejarah

LocalFood
22 Sep 2024 • 8:03 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tealive juga memperkenalkan siri Bang Bang Coconut baharunya bagi meraikan kejayaan siri minuman Bang Bang yang telah terjual sebanyak 50 juta cawan.

Tealive, jenama teh gaya hidup yang digemari ramai hari ini melancarkan cawangan berkonsepkan warisan sejarah pertamanya di Medan Pasar, Kuala Lumpur.

Terletak berhampiran pertemuan sungai di mana Bandaraya Kuala Lumpur diasaskan, cawangan ini akan ‘brewing positivity’ dari sebuah kedai lama yang diubah suai dengan sentuhan nostalgia.  

Pelancaran cawangan ini memperlihatkan gabungan sempurna antara elemen warisan dan inovasi.

Kedai berusia lebih seratus tahun yang terletak bertentangan dengan mercu tanda Menara Jam, yang dibina pada tahun 1937 bagi memperingati pertabalan Raja George VI, kini telah diubah suai menjadi cawangan Tealive berkonsepkan warisan yang pertama.

Konsep brunch gaya Eropah ini menambah suasana unik di lokasi tersebut, menjadikannya tempat yang ideal untuk menikmati minuman kegemaran sambil menghargai sejarah asal usul Bandaraya Kuala Lumpur.

“Cawangan ini merupakan penghormatan kepada nostalgia sejarah, di mana kami menggabungkan elemen warisan dan sentuhan moden dalam menyediakan ruang yang nyaman untuk dinikmati oleh semua,” ujar Bryan Loo, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd.

image is not available
Bryan Loo pada sidang media baru-baru ini

Sempena pembukaan terbaharu ini, Tealive turut memperkenalkan siri baharu Bang Bang Coconut bagi meraikan kejayaan siri minuman Bang Bang yang telah terjual sebanyak 50 juta cawan.

“Kami amat berterima kasih kepada pelanggan setia kerana membantu kami mencapai kejayaan jualan 50 juta cawan ini. Untuk meraikan pencapaian ini, kami perkenalkan perisa baharu yang dekat di jiwa rakyat Malaysia iaitu kelapa, rasa yang digemari di seluruh dunia dan padanan sempurna untuk siri Bang Bang kami,” ujar Bryan.

Siri minuman Bang Bang Coconut memperbaharui rasa ikonik Bang Bang Milk Tea, Fresh Milk, dan Chocolate dengan sentuhan rasa tropika kelapa yang menyegarkan. 

Minuman ini juga dihidangkan bersama Brown Sugar Pearls Tealive kegemaran ramai yang memberikan tekstur hangat dan memuaskan.

image is not available
Dari kiri - Pengawal Kewangan Loob Holding, Sally Quah, Bryan Loo, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Creador, Brahmal Vasudevan, Shanthini Kandiah (isteri Brahmal) dan Pengarah Projek Khas dan Perniagaan Antarabangsa Loob Holding, Bryan Yeow, menghadiri pelancaran cawangan warisan pertama Tealive di Medan Pasar

Selain Bang Bang Coconut, Tealive juga memperkenalkan dua lagi minuman berasaskan kelapa, Coconut Smoothie dan Coconut Velvet Latte. Kedua-dua minuman ini menawarkan kesegaran yang sempurna untuk dinikmati ketika cuaca panas, sekali gus menambah lebih banyak pilihan menarik di Tealive.

Bagaimanapun, siri minuman Bang Bang Coconut ditawarkan dalam tempoh terhad. Pelanggan boleh menikmati minuman baru ini dengan harga bermula dari RM9.90 hingga RM12.90, menjadikannya pilihan yang berpatutan untuk semua.

Bagi pelanggan yang mengunjungi Tealive Plus, Coconut Smoothie akan disajikan bersama Aloe Vera topping menggantikan Black Diamond jelly. - Getaran, 22 September 2024

Foto : Tealive

View Original Article