Tealive Rancang Untuk Tembusi Pasaran Indonesia Tahun Depan

LocalBusiness & Finance
20 Sep 2024 • 5:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama Tealive rancang untuk mengukuhkan perniagaannya dengan menyasarkan untuk tembusi pasaran Indonesia tahun depan.

Memetik laporan Bernama, Tealive kini mempunyai rangkaian di Filipina, Vietnam, Myanmar, Australia, Kemboja, Brunei, Mauritius dan Kanada.

Tealive rancang untuk tembusi pasaran Indonesia tahun depan

image is not available

Foto: Bernama

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bryan Loo bagaimanapun berkata rancangan pengembangan ke Indonesia itu hanya akan direalisasikan apabila rangkaiannya di Filipina mencecah 100 dan kini, rangkaian itu mempunyai 75 kedai di negara itu.

“Matlamat kami untuk pengembangan serantau di Asia Tenggara ialah apabila berjaya membuka 100 kedai dalam setiap pasaran, kami akan mula meneroka pasaran baharu. Kami berharap dapat mencapai pembukaan 100 kedai di Filipina dan beralih ke Indonesia,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cawangan berkonsepkan warisan sejarah pertamanya di Medan Pasar di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kata Loo, syarikatnya sentiasa bermuka dengan membuka 10 buah kedai di kawasan bandar dan berkembang secara berperingkat ke bandar-bandar yang lebih kecil selepas itu.

image is not available

Foto: The Star

“Itulah cara kami mewujudkan identiti jenama kami,” ujarnya.

Sempena pelancaran kedai berkonsepkan gaya warisan itu, Tealive turut memperkenalkan minuman baharu berasaskan kelapa, termasuk Coconut Smoothie dan Coconut Velvet Latte.

Dalam pada itu, siri minuman Bang Bangnya pula berjaya melepasi 50 juta cawan setakat ini, katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat itu ditubuhkan pada 2017 dan mempunyai lebih 1,000 cawangan Tealive di seluruh dunia, melayani lima juta pelanggan sebulan di Malaysia dan pasaran luar negara.

Sumber: Bernama