Teaser Mazda CX-80 Disiarkan – Tiba Di Pasaran Malaysia Dalam Masa Terdekat?

LocalCars
25 Aug 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain CX-60, Bermaz dijangka turut akan memperkenalkan Mazda CX-80 ke pasaran negara.

Selepas dipertontonkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Mazda CX-60 dan CX-80 nampaknya bakal tiba di negara kita secara rasmi.

Sejak Jun lalu, CX-60 sudah dibuka tempahannya dengan harga pengenalan sekitar RM199,000. Kali ini kita boleh menjangkakan kemunculan Mazda CX-80 pula, setelah pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (Bermaz), berkongsi teaser model tersebut melalui laman Facebook rasmi.

Dibina di atas platform Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture (MSA), CX-80 mempunyai jarak roda 3,120 mm, 250 mm lebih panjang dan 24 mm lebih tinggi berbanding CX-60. Panjang keseluruhannya pula 4,995 mm dan lebar 1,890 mm, sama dengan CX-60. Saiz ini meletakkan CX-80 di antara saiz CX-8 dan CX-9 yang kini sudah tidak ditawarkan di pasaran Malaysia.

Model yang membuat kemunculan global pada April 2024 ini ditawarkan dalam pelbagai pilihan trenkuasa iaitu enjin petrol e-Skyactiv PHEV 2.5 liter, enjin diesel e-Skyactiv-D 3.3 liter dengan sistem hibrid ringkas serta versi diesel 3.3 liter tanpa sistem elektrifikasi. Kesemua dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan bersama sistem pacuan roda belakang (RWD) atau pacuan semua roda (AWD) bergantung kepada varian.

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

SUV ini ditawarkan dalam konfigurasi enam tempat duduk dengan susunan 2-2-2 dengan kerusi kapten di barisan kedua atau tujuh tempat duduk dengan susunan konvensional iaitu 2-3-2 dengan kerusi belakang boleh dilipat.

image is not available

Dengan ukuran yang lebih besar dan kelengkapan premium, CX-80 dijangka dijual pada harga lebih tinggi berbanding CX-60 yang bermula sekitar RM199,000. Tarikh pelancaran rasmi di Malaysia masih belum diumumkan, namun ia dijangka tidak lama selepas model CX-60 dilancarkan.

image is not available

View Original Article