Teater Perdana ‘Sungai Mengalir Lesu’ Angkat Karya Sasterawan Negara Ke Pentas DBP

LocalEntertainment
26 Sep 2025 • 4:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Karya agung Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said bakal kembali dipentaskan melalui Teater Perdana Sungai Mengalir Lesu (SML) di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1 hingga 4 Oktober ini.

Teater Perdana ‘Sungai Mengalir Lesu’

Pementasan anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), dengan kerjasama DBP serta Persatuan Badan Budaya DBP itu diarahkan oleh Aris Othman, berdasarkan adaptasi Allahyarham Zakaria Ariffin.

image is not available

PNM menerusi satu kenyataan berkata, karya yang diterbitkan pada 1967 ini dipilih kerana relevan dengan aspirasi perpaduan negara.

“SML menampilkan kisah masyarakat berbilang kaum sewaktu Perang Dunia Kedua dengan menekankan nilai perpaduan, toleransi dan ketabahan.
“Pemilihannya kali ini bertepatan dengan nilai MADANI yang menitikberatkan kemanusiaan dan keharmonian,” jelas kenyataan itu hari ini.

image is not available

PNM menambah, naskhah ini dipilih daripada Koleksi Peribadi Sasterawan Negara yang kini menghimpunkan 5,518 judul karya tersimpan di perpustakaan tersebut.

“Koleksi berharga ini adalah sebahagian daripada lebih 32,000 judul karya tokoh sasterawan, sejarawan, penulis dan pelukis tanah air. Melalui pementasan ini, khazanah intelektual dapat terus segar dan relevan kepada generasi hari ini,” katanya.

Dalam masa sama, DBP turut menekankan peranan Persatuan Badan Budaya DBP yang ditubuhkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang pada 1967 sebagai penyumbang utama dalam menjayakan pementasan ini.

image is not available

“Penglibatan Persatuan Badan Budaya memberi nilai tambah dari aspek pengurusan produksi, penghayatan karya dan kualiti persembahan,” ujar PNM.

Kerjasama KPN, PNM, DBP dan Persatuan Badan Budaya DBP itu dilihat sebagai usaha bersepadu untuk memartabatkan seni serta warisan budaya negara, selain mengiktiraf jasa Sasterawan Negara.