TechLife Smart Band Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM99

TechnologyDigital
23 Jun 2025 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TechLife terus meluaskan penawarannya di pasaran Malaysia dengan pelancaran produk baharu iaitu Smart Band. Gelang pintar ini ditawarkan pada harga jualan RM99 seutas dan direka khusus untuk pemantauan kesihatan serta kecergasan harian. Ia merupakan pilihan asas yang sesuai untuk pengguna yang mencari fungsi pemantauan aktiviti harian secara ringkas.

image is not available

Menariknya, Smart Band ini juga boleh dimiliki pada harga promosi RM79 menerusi tawaran pembelian atas pembelian (PWP) apabila dibeli bersama tablet TechLife yang dilancarkan Mei lalu. Ia bagaimanapun promosi masa terhad untuk pembelian sehingga 27 Jun 2025.

image is not available

TechLife Smart Band dilengkapi dengan skrin sesentuh 1.47-inci dengan resolusi 172×320 piksel. Sensor disediakan boleh memantau data kesihatan seperti kadar degupan jantung, SpO2 dan pola waktu tidur. Ini diikuti dengan lebih 100 mod sukan, dan penarafan IP68 yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai senario harian. Ia turut menawarkan ciri pintar seperti kawalan muzik, pemberitahuan notifikasi, sokongan Google Fit dan banyak lagi. Bateri disokong pula boleh berfungsi mencapai 20 hari dalam mod sedia.