Tecno Camon 50 Dan Camon 50 Pro Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Helio G200 Ultimate

TechnologyDigital
19 Feb 2026 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tecno memperkenalkan siri baharu di bawah jenama Camon iaitu Camon 50 dan Camon 50 Pro. Kedua-duanya berkongsi sebahagian besar perkakasan dalaman, namun perbezaan utama terletak pada sistem kamera yang digunakan.

image is not available

Model Camon 50 Pro hadir dengan tetapan tri-kamera utama yang terdiri daripada sensor 50MP (1/1.56) OIS yang digabungkan dengan 50MP tambahan serta 8MP ultra-lebar. Sementara itu, Camon 50 standard hanya dilengkapi dengan sistem dwi-kamera utama, iaitu 50MP (1/1.56) OIS dan 8MP ultra-lebar.

Dari segi paparan, kedua-dua model menggunakan skrin AMOLED 1.5K bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Helio G200 Ultimate bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan 256GB. Antaramuka HiOS 16 berasaskan Android 16 turut disertakan untuk memastikan pengalaman penggunaan lebih moden dan mesra pengguna.

image is not available

Bahagian kamera hadapan menampilkan sensor 32MP manakala bateri berkapasiti 6500mAh menyokong pengecasan pantas 45W. Tidak ketinggalan, kedua-dua model turut dilengkapi dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh Dolby Atmos untuk pendengaran audio lebih imersif dan kalis air IP69K/IP69/IP68.