Tecno Memperlihatkan Teknologi Penstabilan Kamera Eagle Eye

TechnologyDigital
23 Nov 2022 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jenama Tecno baru sahaja memasuki pasaran Malaysia tahun ini. Walaupun jenama ini baru sahaja bertapak dalam dunia peranti mudah alih, mereka sudah memperlihatkan beberapa teknologi menarik seperti lensa sentut dan mirip Sensor Shift. Kini mereka memperlihatkan pula teknologi Eagle Eye yang menurut mereka memberikan penstabilan imej yang lebih baik berbanding OIS.

Eagle Eye menggunakan dua prisma untuk menstabilkan imej sebelum ia sampai ke sensor. Satu prisma mempunyai kebebasan pergerakan sehingga 8 darjah pada satu paksi dan satu lagi sehingga 10 darjah pada satu paksi. Menerusi sistem OIS dan kecerdasan buatan, Eagle Eye boleh merakam gambar serta video dengan lebih stabil menurut Tecno.

Terdapat banyak sistem yang cuba menyelesaikan isu penstabilan imej pada telefon pintar. Masing-masing dengan kelebihan serta kekurangan tersendiri. Sejauh manakah kemampuan Eagle Eye hanya akan diketahui apabila ia digunakan pada peranti Tecno kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved