Tecno Spark 20 Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada 17 Februari 2024

TechnologyDigital
16 Feb 2024 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah beberapa minggu tertangguh, Tecno Malaysia akhirnya berkongsi perkembangan baharu untuk peranti Spark 20 Pro. Tarikh pelancaran baharu telah dijadualkan berlangsung esok iaitu 17 Februari 2024 dan ia diumumkan melalui catatan terkini di Facebook. Pelancaran berkenaan sepatutnya diadakan pada 18 Januari lalu namun terpaksa ditunda ekoran keadaan yang tidak dapat dielakkan, serta tidak pula dinyatakan secara khusus oleh syarikat.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai peranti, butiran khusus masih belum jelas setakat ini. Seandainya sama dengan versi di Filipina, ia boleh dipasarkan sebagai peranti LTE dengan cip MediaTek Helio G99. Digabung juga dengan skrin LCD FHD+120Hz sebesar 6.78-inci, kamera utama 108MP, kamera swafoto 32MP dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W.