Tecno SPARK 40 Pro+ Bakal Menjadi Antara Peranti Terawal Menggunakan Cip Helio G200

TechnologyDigital
13 May 2025 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno SPARK 40 Pro+ bakal menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan cip Helio G200 daripada MediaTek. Cip Helio G200 menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 10% berbanding Helio G100 dengan skor 470,000 mata dalam penanda aras AnTuTu.

image is not available

Ia turut dikatakan menawarkan kelajuan pemprosesan grafik Mali-G57 MC2 pada kelajuan 1.1GHz berbanding 1.0GHz pada Helio G99 dan G100. Selain itu, SPARK 40 Pro+ turut akan menyokong algoritma tersendiri Tecno yang membolehkan grafik dipaparkan pada resolusi 1.5K.

Menurut Tecno, siri SPARK 40 kelak bukan hanya diberi peningkatan prestasi dan ciri AI malahan mampu menawarkan pengalaman baharu dengan reka bentuk yang lebih nipis. Ia akan dilancarkan secara global pada bulan Julai akan datang dengan lebih banyak maklumat diumumkan dalam masa terdekat ini.