Tecno Spark Go 1 Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz Dan Dynamic Port

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 9:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno mengemaskini barisan telefon pintarnya dengan penawaran baharu iaitu Spark Go 1. Ia menawarkan spesifikasi kelas asas dalam tubuh seumpama sebuah iPhone. Peranti juga boleh didapati dalam pilihan warna Startrail Black dan Glittery White.

image is not available

Untuk spesifikasi Tecno Spark Go 1 menggunakan skrin LCD sebesar 6.67″ HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Unisoc T615, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan menjalankan Android 14 Go. Selain itu bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 15W.

image is not available

Terdapat juga seumpama Dynamic Island dinamakan sebagai Dynamic Port yang boleh menunjukkan pelbagai maklumat dalam masa nyata termasuk status bateri dan sistem imbasan wajah. Sistem kamera pula terdiri dengan 13MP untuk utama dan swafoto 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari sisi, kalis air IP54, sistem audio stereo dengan DTS Sound dan pemancar merah.

image is not available

Tiada harga jualan didedahkan buat masa ini namun ia berpotensi dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Ia berikutan terdapatnya imej promosi rasmi dengan bayangan seperti peranti ini mula diacah melalui kemaskini baharu di media sosial rasmi.