Tegas demi negara! PM Anwar mohon maaf kepada penjawat awam jika nada teguran kedengaran keras

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf sekiranya nada teguran beliau terhadap penjawat awam kedengaran agak tinggi, namun menegaskan ia lahir daripada keprihatinan bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan.

Beliau berkata, ramai yang menasihatinya supaya bercakap dengan lebih tenang dan menyantuni rakyat selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada ketika beliau perlu meluahkan pandangan dengan tegas, terutama apabila membabitkan soal hati nurani dan tanggungjawab terhadap negara.

Image from: Tegas demi negara! PM Anwar mohon maaf kepada penjawat awam jika nada teguran kedengaran keras

“Saya mohon maaf sekiranya nada tinggi sedikit. Banyak orang pesan kepada saya, awak sudah jadi Perdana Menteri, kamu tidak boleh tinggikan suara. Kamu kena cakap tenang dan baik serta menyantuni rakyat.
“Saya cuba, kadang-kadang bila menyentuh soal hati nurani. Saya mohon maaf kalau itu bukan wajar seorang Perdana Menteri. Saya tidak tahu Perdana Menteri itu perlu tenang. Tak, tak,” katanya pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah, Universiti Islam Selangor (UIS), hari ini.

Image from: Tegas demi negara! PM Anwar mohon maaf kepada penjawat awam jika nada teguran kedengaran keras

Jelas beliau, teguran yang disampaikan bukan bertujuan memarahi penjawat awam, sebaliknya kerana beliau menganggap mereka sebagai jentera penting dalam menjayakan program serta agenda pembangunan negara.

“Kalau dianggap kesilapan saya mohon maaf, tapi percayalah, saya luahkan apa yang saya rasa kepada siapa lagi saya nak luahkan kalau tidak kepada anak buah saya, jentera yang boleh menjayakan program negara kita,” katanya.

Sumber: Utusan Online (Hafiz Saidina)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved