Teguh dan Canggih, ARIIC 318GT Sedia Menempah Nama di Malaysia

LocalCars
1 May 2025 • 4:52 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


KUALA LUMPUR, 28 April 2025 – ARIIC Malaysia telah melancarkan skuter terbaharu mereka, ARIIC 318GT, sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Media di Courtyard Kuala Lumpur. Skuter ini menggabungkan reka bentuk agresif, teknologi pintar dan prestasi yang mantap – sesuai untuk penunggang moden yang mementingkan gaya dan keselesaan.

Ciri Utama ARIIC 318GT:

Enjin Berkuasa
Dilengkapi enjin 330cc 4-lejang SOHC, dengan kuasa maksimum 20.6kW dan tork 30.8Nm – cukup bertenaga untuk perjalanan harian dan jauh.
Transmisi CVT dan klac automatik menjadikan tunggangan lancar dan responsif.

Teknologi Canggih

  • Meter TFT digital penuh
  • Sistem pencucuhan ECU untuk prestasi dan penjimatan minyak
  • Lampu LED ‘V’ di depan, belakang dan isyarat kecemasan
  • Kunci pintar PKE (tak perlu cucuk atau tekan – hanya bawa kunci!)
  • Dashcam terbina dalam untuk rakaman perjalanan
  • TPMS (Tyre Pressure Monitoring System)

Dashcam Terbina Kamera Hadapan


Keselesaan & Keselamatan

  • Suspensi hadapan & belakang jenis penyerap hentak berkembar
  • Cakera brek berganda dengan ABS BOSCH dwi-saluran
  • Tayar tanpa tiub CST – depan 120/70-14, belakang 150/70-13
  • Tempat duduk lebar dan rendah (790mm) – sesuai untuk pelbagai ketinggian
  • Tangki minyak 16L – sesuai untuk perjalanan jauh

Tempat Duduk yang Lebar serta ruang bawah tempat duduk muat 2 topi keledar dengan sokongan hidraulik dan lampu

Ruang Simpanan Praktikal

image is not available

Kompartmen depan dengan port USB (Type-A & C)

image is not available

Ruang bawah tempat duduk muat 2 topi keledar – dengan sokongan hidraulik & lampu

Pelindung angin boleh laras & butang kawalan berlampu

Harga & Waranti

image is not available


Harga bermula dari RM22,888 (tidak termasuk cukai jalan & insurans).
Termasuk waranti dua tahun tanpa had perbatuan dan akses pembelian alat ganti tulen atas talian.

Warna pilihan:

image is not available

Matt Black


Dark Grey

Matt Grey


Boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.

Teruskan Bersama Two Wheels..!!


Penghadang Angin Boleh Laras

Pass Light

View Original Article