Teguk banyak budu, Kidd Santhe ‘auto’ boleh rap dialek Kelantan

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 5:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teguk banyak budu, Kidd Santhe ‘auto’ boleh rap dialek Kelantan

PETALING JAYA – “Saya dah makan budu untuk pastikan lidah saya boleh rap bahasa (dialek) Kelantan.”

Itu pengakuan rapper Kidd Santhe yang baru sahaja muncul dengan lagu terbaru berjudul Aku Level Lain kolaborasi bersama penyanyi asal Kelantan, RxF Rhaled.

Menurut Kidd atau nama sebenarnya Parssanth Navaratnam, 27, karya terbabit asalnya adalah lagu bahasa Tamil berjudul Naa Vera Level yang dinyanyikannya bersama penyanyi asal Chennai, Raavanaa Ram.

“Lagu Naa Vera Level mendapat sambutan ramai. Jadi saya terfikir mahu hasilkan dalam bahasa Melayu pula supaya lebih ramai orang dapat dengar lagu ini.

“Jadi pihak pengurusan mencari siapa rakan duet yang sesuai untuk versi bahasa Melayu. Akhirnya mereka jumpa Rxf Rhaled dalam TikTok.

“Bila Rxf tulis lirik dan beri pada saya, saya rasa liriknya kedengaran sempurna. Bahasa (dialek) Kelantan sangat unik dan berbunga-bunga. Siapa sangka lagu Tamil boleh diadunkan dengan lagu Kelantan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran naskhah tersebut di sini, semalam.

Ditanya sama ada dia mampu untuk rap bahasa Kelantan sekiranya terpaksa membuat persembahan seorang diri, kata Kidd, dia perlu belajar dengan lebih mendalam.

“Saya kena ambil masa untuk hafal. Mungkin saya kena minum lebih banyak budu. Kali pertama saya cuba budu ketika menjalani penggambaran video muzik Aku Level Lain di Kelantan.

“Tiada siapa yang paksa saya makan. Saya sendiri yang pilih untuk cuba. Jika dulu orang kenal saya sebagai Kidd Santhe A/L Shah Rukh Khan, kini orang boleh panggil saya Kidd Santhe A/L Budu,” katanya sambil ketawa.

Aku Level Lain terbitan Kidd Next Door Productions dan Sony Music Entertainment Malaysia ini akan dilancarkan secara rasmi di semua platform digital pada 31 Julai 2026 – KOSMO! ONLINE

The post Teguk banyak budu, Kidd Santhe ‘auto’ boleh rap dialek Kelantan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved