Tegur Pelajar Enggan Solat, Ibu Bapa Laporkan Guru Ke Pihak Polis

9 Oct 2023 • 9:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang guru Taliwang, wilayah Sumbawa Barat, Jakarta telah di laporkan ke pihak polis oleh ibu bapa beberapa pelajarnya hanya kerana tidak berpuas hati anaknya dihukum.

Minta pampasan lagi

Memetik laporan dari Tribun Jakarta Barat, ibu bapa kepada pelajar-pelajar tersebut juga menuntut guru berkenaan membayar pampasan 50 juta rupiah (RM15,074).

Difahamkan, guru pendidikan Islam Sekolah Vokasional Negeri 1 Taliwang itu dikenali sebagai Akbar telah meminta tiga orang pelajarnya untuk solat zuhur secara berjemaah namun mereka enggan berbuat demikian.

image is not available

Susulan daripada itu, Akbar telah menegur mereka tetapi tidak diendahkan sebelum memukul tapak tangan ketiga-tiga pelajar tersebut sebagai bentuk pengajaran.

Dah datang minta maaf pun tetap laporkan guru ke pihak polis

Disebabkan tidak berpuas hati, keluarga ketiga-tiga pelajar terbabit telah membuat laporan polis walaupun sebelum itu Akbar telah datang ke rumah mereka dan membuat permohonan maaf.

Dia juga telah dituntut sebanyak 50 juta rupiah jika mahu laporan polis itu ditarik balik.

Kes berkenaan telah tular di media sosial apabila satu akaun TikTok dikenali sebagai deni_ali28 memuat naik video Akbar.

@deni_ali28

Sedih sekali melihat keadaan Guru Saat ini. Semuanya Serba Salah #savepakakbar #pgri #pgrisumbawabarat #gurusmk1sumbawabarat

♬ suara asli – Deni Ali – Deni Ali

Guru2 tampil bersolidariti

Dapat dilihat yang ramai keluar bersolidariti untuk membela guru berkenaan kerana merasakan apa yang dilakukan keluarga pelajar-pelajar terbabit keterlaluan.

@deni_ali28

Membalas @2nisa_ Aksi solidaritas PGRI Kab. Sumbawa Barat dan Kab. Sumbawa NTB untuk Pak Akbar. semoga Pak Akbar bebas dari segala Tuntutan Hukum. Aamiin #savepakakbar #gurusmk1sumbawabarat #pgrisumbawabarat #pgri

♬ suara asli – Deni Ali – Deni Ali

Sumber: TikTok deni_ali28, Tribunjabar