“Tegur Tak Boleh” – Gara-Gara ‘Back Up’ Anak Sendiri, Netizen Anggap Suliza Salam Terlalu Pertahankan Ismail Izzani

Entertainment
26 Nov 2022 • 5:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh tentang penyanyi Ismail Izzani, apabila tular satu video menyaksikan dia berpelukan dan mencium seorang wanita di kelab malam.

Susulan penularan video tersebut, pelantun lagu Luar Biasa itu menerima kecaman hebat oleh pengikut serta peminatnya.

Dalam pada itu, ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam turut terkena tempias dan menjadi bahan sindiran warganet.

Walau bagaimanapun, ibu kepada penyanyi muda itu tidak berdiam diri dan sempat ‘membahasakan’ seorang netizen di ruangan komen Instagram berkaitan isu tersebut.

image is not available

Akan tetapi, menerusi komen Facebook sebuah portal hiburan, rata-rata warganet masih menyindir dan menyalahkan Suliza yang dianggap terlalu mempertahankan anaknya sehingga tidak boleh ditegur.

image is not available

Sekadar info, Ismail Izzani sebelum ini pernah dituduh suka melakukan seks rambang namun khabar angin itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh ibu penyanyi berkenaan.

image is not available 1 bulan lalu

“Dia Ada Agama” - Dituduh Gemar Buat Seks Rambang Hingga Hamilkan Anak Orang, Ibu Tampil ‘Back Up’ Ismail Izzani